Showing posts with label Event with crew. Show all posts
Showing posts with label Event with crew. Show all posts

Monday, 20 May 2013

Aktiviti Hujung Minggu bersama Zon APC

TARIKH : 3 Feb 2013 (AHAD)

MASA : 8 pagi -6 ptg

TEMPAT AKTIVITI : Sungai Sendat , Ulu Yam

ANJURAN : ZON APC (BFLM CREW)

Pada 03/02/2013 satu program mandi manda telah diadakan di Sungai Sendat, Ulu Yam. Program ini dianjurkan oleh CREW APC untuk merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Seramai 40 orang ahli dan 20biji jentera BFLM CREW yang memenuhi kawasan sungai sendat pada hari tersebut. Tidak lupa juga pada JEP & PASANGANNYA yang sanggup bersama-sama menjayakan program ini walaupun kehadirannya lewat dari masa yang dirancangkan.

MEETPOINT PERTAMA :-
8.00 AM – 8.30 AM : MENUNGGU KEHADIRAN CREW (DI PETRONAS AMPANG)
MEETPOINT KEDUA :-
10.00 AM : TIBA DI MEETPOINT KEDUA (PETRONAS SEBELUM NAIK ULU YAM)

10.30 AM : TIBA DI TEMPAT YANG DITUJU (SUNGAI SENDAT)
Antara aktiviti yang dilakukan semasa program ini dijalankan ialah aktiviti beramah mesra bersama-sama sambil bergurau senda, sakat menyakat dan bermacam-macam lagi. Selain daripada itu aktiviti mandi manda aktiviti utama program ini diadakan. Tidak lupa juga pada ulangtahun kelahiran crew yang bernama Kiki juga turut diraikan bersama-sama dengan acara menabur tepung tawar, sos, air gas dan macam-macam lagi lah yang dikenakan pada kiki. Aktiviti ini dilakukan secara spontan dan sekadar menyeronokkan lagi program ini. Pada Kiki jangan marah ye…hahahahaahahha….
Dalam berseronok bermain air, pelbagai hidangan yang enak-enak belaka dihidangkan. Apa yang lebih menarik lagi kesemua hidangan yang ada dibawa oleh crew sendiri. Masa inilah kita dapat merasa kesedapan masakan masing-masing. Antara hidangan tersedia ialah spaghetti, nasi lemak, maggie goreng, kek batik, kek red velvet, dadih, nugget, keropok, karipap sardin dan air mineral, air kotak dan air gas. Tidak dilupakan aktiviti terbaek iaitu memanggang ayam, sotong, fish ball dan hotdog. Keseronokkan terasa apabila aktiviti bermandi manda dilengkapi dengan memanggang (bbq) dengan kerjasama crew-crew BFLM sendiri.

Kami crew APC's mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua crew yang hadir bagi menjayakan program mandi manda yang dianjurkan oleh crew APC “IS BARANG BAIK”. Mohon maaf andai ada kekurangan yang berlaku semasa program berlangsung.
Kalau ada seumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bersama-sama lagi.
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh adakan program yang terbaekk lagi.

 KOLEKSI GAMBAR KENANGAN:






 laporan dari : Qina 045(APC)

Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

Thursday, 31 January 2013

LAPORAN JEMPUTAN PROGRAM KEBAJIKAN SEMPENA MULIDUR RASUL


TARIKH : 24.01.2013 KHAMIS

MASA : 19.40 - 00.30

TEMPAT BERKUMPUL : PETRONAS TESCO AMPANG MRR2


Kelab kami telah dijemput oleh Penganjur FB-ShaSha Allysha Riana Full (Piah) bagi membantu beliau mengedarkan makanan kepada saudara jalanan kta yang kurang berkemampuan di sepanjang jalan CHOW KIT,PUDU & PASAR SENI.Bagi sesiapa yang berminat dan mampu meluangkan masa sila hadirkan diri tepat pada masanya kerana kita ikut masa penganjur bukan diri sendiri.Kami merayu kepada anda untuk sama2 berbakti kepada masyarakat kerana itu adalah salah satu Objektif kelab ini ditubuhkan.

TERIMA KASIH KEPADA WAKIL2 DARI :

ZON CENTRAL
ZON APC
ZON SGW
ZON SBR
ZON KSP
ZON DPB
ZON PCS
ZON KBS

KAMI SAYANG ANDA SEMUA..!!!!

19:40 - Mula berkumpul di Petronas, Tesco Ampang
20:15 - Konvoi mula bergerak ke lokasi yang dituju
21:00 - Pengagihan makanan mula di edarkan dari setiap sudut dan lorong supaya objektif
             tercapai dan niat penganjur tertunai.
23:00 - Makanan selesai diedarkan
23:30 - Menuju ke Sani Char Kuew Tiauw untuk menjamu selera
00:30 - Majlis bersurai dan sessi bersalaman.

KOLEKSI GAMBAR :





 EDITOR : FIEZ CREW 002



Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW



Monday, 14 January 2013

EVENT DI BATU PAHAT


TARIKH : 25 DISEMBER 2012

MASA : 10.30 PAGI - 6.45 PETANG

LOKASI : PURA KENCHANA, MINYAK BEKU, HUTAN LIPUR TAMAN SOGA, BATU PAHAT 



Alhamdulillah event di Batu Pahat berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun hanya 6 jentera yang dapat menghadirkan diri tetapi nama BFLM semakin dikenali di serata tempat dan mula dikenali di johor dengan menyertai event yang diadakan oleh JMCC (Johor Motorsport Club Community) iaitu gabungan kelab-kelab kereta di dalam negeri johor. Crew-crew Zon JHR amat berterima kasih kepada crew-crew yg sanggup hadir dari luar negeri johor terutama dari Central untuk sama-sama menjayakan event di Batu Pahat, Johor manakala kepada crew-crew yg tidak dapat hadirkan diri kami faham dan InsyaAllah kita akan bersama lagi di lain program.


AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERLANSUNG SEPANJANG HARI ::
10.30 : Crew-crew berkumpul di SHELL Batu Pahat Mall
11.10 : Bertolak menuju ke Pura Kenchana, Sri Gading
11.30 : Tiba di destinasi yang dituju (Pura Kenchana, Sri Gading)
- Crew- crew jentera BFLM parking dengan kemas, tertib dan teratur serta memasang banner dan bunting bagi memperkenalkan kelab BFLM crew kepada warga johor disamping mengedarkan flyers kepada yang berminat.
- Menanti konvoi ahli-ahli JMCC dari Johor Bahru
- Sementara menanti konvoi ahli-ahli JMCC, crew-crew lepak makan dan minum
12.30 : Konvoi JMCC dari Johor Bahru tiba
- Hampir ratusan biji kereta memenuhi ruangan parking depan, belakang, kiri dan kanan pura kenchana di bahagian depan kedai Fantasia. Gathering JMCC ini diadakan sempena pembukaan kedai Fantasia di pura kenchana dan pengumpulan kesemua kelab-kelab kereta di johor.
1.30 : Crew-crew berpeluang untuk melihat autoshow dan audioshow yang dipertandingkan disamping pertandingan menyanyi serta pelbagai lagi aktiviti yang diadakan serta program Gaza.
2.00 : Crew-crew meronda di kawasan Pura Kenchana disamping melihat kelab-kelab kereta yang lain dengan membawa nama baik BFLM CREW sambil mengedarkan flyers BFLM Crew.
2.30 : Mendaftarkan kelab BFLM crew di dalam JMCC sambil menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
3.00 : Setelah mendaftar dan mendapatkan nombor pendaftaran beserta sticker JMCC, crew-crew bergerak ke Hutan Lipur Taman Soga.
3.30 : Tiba di Hutan Lipur Taman Soga
- Sesi bergambar
- Berehat & bersembang santai bersama En. Dollah (Renjar Perhutanan Negeri Johor) sementara tumpang berteduh kerana hujan lebat.
4.45 : Crew-crew menuju ke Minyak Beku.
5.00 : Crew-crew tiba di Rumah Api Segenting, Minyak Beku bergambar serta menikmati permandangan Batu Pahat.
5.30 : Tiba di Pantai Minyak Beku dan sesi Lepaking bersama crew-crew.
06.45 : Bersurai

CREW-CREW YANG HADIR :

BFLM (DPB012)- MISS ZURA-

BFLM (DPB027) - MAL JOEY-

BFLM (JHR078)- REEMY-

BFLM (JHR117)- ABDUL MUTALIB-

BFLM (JHR124)- WANIE LAILA-

BFLM (JHR125)- KUROSAKI MUZ-


Semoga kite berjumpa lagi di program johor yang lain dan memohon maaf jika mana yang kami dari zon JHR tidak dapat penuhi citarasa crew-crew yang dari luar Johor sepuluh jari kami hulurkan kemaafan.

Koleksi gambar sepanjang event:


6 JENTERA BFLM SAMPAI AWAL DI EVENT PURA KENCHANA, SRI GADING DAN MUDAH MENDAPATKAN PARKING 



SESI BERGAMBAR KENANG-KENANGAN DI HUTAN LIPUR TAMAN SOGA 


CREW-CREW BERADA DI RUMAH API BUKIT SEGENTING,MINYAK BEKU 


LEPAKING MAKAN PISANG GORENG 


BERSEMBANG SANTAI BERSAMA EN.DOLLAH RENJER PERHUTANAN JOHOR 

CREW-CREW DI PUNCAK BUKIT SEGENTING 



Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

Sunday, 16 December 2012

TT Kuantan : Salam Aidil Adha

TARIKH : 26 Oktober 2012 bersamaan 10 Zulhijjah 1433

LOKASI :Seluruh pelusuk Kuantan, Pahang

Alhamdulillah TT raya haji kuantan telah berjalan dgn lancar walaupun keadaan pada masa itu agak sukar mencari kedai makan disebabkan masih dlm hari cuti raya haji(kedai tutup)dan crew ifan QTN (018) yg diberi kepercayaan daripada admin yg memegang jawatan chief di zon PHG amat berterima kasih kepada crew2 dan admin yg sanggup hadir dr luar negeri pahang utk menjayakan aktiviti TT di zon PHG,dan tak lupa juga sokongan kuat dari chief APC a.k.a. ALIP OREN yg telah menjadi tulang belakang kami dr zon PHG sama2 menjaya aktiviti TT di kuantan pahang kepada2 crew yg xdpt hadirkan diri kami faham dan insyaallah kite akan bersama pada TT dikuantan pada lain hari.

AKTIVITI-AKTIVITI BERIKUTAN DARI KUALA LUMPUR KE KUANTAN ::
  • 16.30 : berkumpul di BHP selepas tol gombak (3 biji kereta) CREW 018/ 02/ 098
  • 16.45 : bertolak menuju kekuantan melalui highway LPT (lebuhraya pantai timur)
  • 18.15 : berhenti di perhentian maran sambil menjemput crew 08 a.k.a. aben
  • 19.05 : tiba di TOL gambang
  • 19.45 : tiba di REST HOUSE di area alor akar kuantan pahang
  • 20.30 : berkumpul di taman esplaned berhadapan HTAA (hospital tengku ampuan afzan)
  • 21.30 : meronda2 disekitar bandar kuantan dgn membawa nama baik BFLMCREW
  • 23.00 : tiba di kedai makan disekitar BALOK kuantan
  • 00.30 : bergerak ke TAMAN KERANG PADANG MPK KUANTAN
  • 00.50 : tiba di TAMAN KERANG KUANTAN sesi LEPAKING bersama crew2
  • 02.45 : bersurai 
  • CREW-CREW YANG HADIR :
    1. ARE LANG & 3 ORG         -BFLM (PHG066)
    2. ZAI & PASANGAN            -BFLM (PHG052)
    3. MANTOI & PASANGAN    -BFLM (NEG080)
    4. FIEZ & ISTERI                  -BFLM (APC002)
    5. ARE LARN                          -BFLM (KSP098)
    6. LAN SYAH TUC                  -BFLM (SBR057)
    7. JIMMY PATRICK              -BFLM (APC108)
    8. MOHD KHAIRI                  -BFLM (APC031)
    9. ACHARQ STELLA              -BFLM (PHG116)
    10. SAIFUL LIBRA                  -BFLM (PHG 115)
    11. IFAN QTN & PASANGAN  -BFLM (PHG018)
    12. ALIP OREN                         -BFLM (APC015)
    13. ABEN                                   -BFLM (PHG008)
    14. JAY SHAWN & 4 ORG (NEW CREW)
    15. NABIL(adik alip oren) & KAWAN (NEW CREW)TT RAYA HAJI KUANTAN  (ZONPHG) YG DIHADIRI SERAMAI 26 ORANG DAN 14 BIJI KERETA  CREW~~
SEKIAN TERIMA KASIHYG MENJALANKAN TUGASIFAN QTN~CHIEF PHG (018)semoga kite berjumpa lagi di TT kuantan pahang dan memohon maaf jika mana yg kami dr zon PHG tidak dpt penuhi citarasa crew-crew sepuluh jari kami hulurkan kemaafan.Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saturday, 3 November 2012

LLM DI BATU PAHAT, JOHOR


TARIKH : 26 Oktober 2012 (Jumaat)
LOKASI SEBENAR :Batu Pahat, Johor
MASA : 9.00 malam – 3.00 pagi

Alhamdulillah LLM yang diadakan di Batu Pahat akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun pada mulanya perancangan yang telah dibuat tidak berjalan dengan lancar disebabkan atas faktor cuti Raya Haji yang mana kebanyakkan kedai makan tutup. Dengan bantuan dan kecekapan crew yang terlibat, masalah yang dihadapi dapat dihadapi dengan tenang dan akhirnya objektif pada malam tersebut tercapai iaitu LLM dan berkaraoke. Semoga dengan maklumbalas yang diberikan oleh crew-crew mungkin satu masa kelak kita boleh merancang LLM ini dengan lebih baik dan teratur serta yang paling penting peancangan yang seterusnya perlu ada jika berlaku perkara yang tidak diingini kerana ianya mampu menjimatkan masa. Moga segala aktiviti terutama di kawasan selatan dapat diteruskan dan diperbaiki untuk meningkatkan kemesraan antara crew dan kualiti di dalam menjayakan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kepada yang menjayakannya sekalung tahniah untuk anda. Semoga bersua kembali dengan lebih meriah dan mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada crew semua. 

Berikut adalah laporan sepanjang majlis berlangsung :-

20:30 – 21:00 - Semua crew berkumpul di Shell Batu Pahat Mall
21:00 – Semua crew bergerak menuju ke kedai makan + karaoke di Kawasan Perindustrian Sri Gading 2
21:15 – Semua crew menukar tempat makan yang lain (miyak beku) berikutan kedai yang dituju (Kawasan   Perindustrian Sri Gading) tutup
21:45 – Semua crew berkumpul di satu kedai makan (tutup) untuk menanti keputusan daripada kak suriza berkenaan kedai makan + karaoke di minyak beku buka @ tutup
21:55 – Semua cew kembali bergerak ke satu kedai makan di bandar berikutan kedai makan di minyak beku tutup
22:00 – semua crew selamat sampai ke destinasi yang dituju
22:05 – semua crew menjamu lemang yang disponsor oleh ray jab sementara menanti makanan dan minuman sampai disamping memilih lagu untuk berkaraoke
Setelah menjamu selera, semua crew menyambung menjamu pizza (Domino’s Pizza) yang disponsor oleh wanie laila
Sesi karaoke bermula setelah menunggu gilian yang panjang
3:00 – Setelah berkaaoke, semua crew bergerak ke Dataran Batu Pahat untuk sesi bergambar
3:15 – semua crew bersurai

Kehadiran :

BFLM 12 MISS ZURA (DPB)
BFLM 16 SURIZA (DPB) & PASANGAN
BFLM 20 RAY JAB (DPB)
BFLM 27 MAL XDENYE (DPB)
BFLM 35 RUS AZLINDA (MLK) & MUSANG
BFLM 69 AZIERAH ANUAR (JHR)
BFLM 103 MOHD NAZRI (JHR) & PASANGAN
BFLM 117 ABDUL MUTALIB (JHR)
BFLM 124 WANIE LAILA (JHR) & ADIK
BFLM 125 KUROSAKI MUZ (JHR) & KAWAN



Gambar koleksi sepanjang event:-























Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW


P/S: Jangan lupa follow blog kami






Friday, 12 October 2012

Walimatulurus Crew 68 (Shah & pasangan)


TARIKH : 07 Oktober 2012 (AHAD)
LOKASI SEBENAR : Sg.buluh, Selangor.
ANJURAN: Walimatulurus Crew 68-Shah





Salam Sejahtera di ucapkan kepada pembaca blog ini
Pada 7 Oktober 2012  hari paling bahagia untuk crew 68 kerana  menjadi  raja 
sehari yang diraikan pada hari berkenaan.
Atas dasar jemputan oleh  pihak pengantin kami BFLMCrew berbesar hati 
untuk berkongsikegembiraan bersama .


Kami pihak admin dan ahli crew yang lain mendoakan  
"Semoga berbahagia untuk SHAH dan pasangan dan
 dimurahkan rezeki hidup bersama hingga akhir hayat" .



Jadual perjalanankonvoi ke majlis perkahwinan crew 68 Shah Ieynda

12.00 berkumpul di petronas taman layanglayang
12.40 konvoi ke Tapak Pasar Malam Paya Jaras , Sg Buloh
13.00 tiba di Tapak pasar malam Paya Jaras , Sg Buloh bagi mengumpul crews dari zon lain .
13.20 konvoi dteruskan ke rumah pengantin . 
13.35 tiba di rumah pengantin .

crews yang terlibat :
001 Farid War
002 Fiez
004 Sya Rezza
009 Hornet
010 Adam
014 Khallid Villa
015 Alip Oren
016 Suriza
020 Rejab
021 Isnil Al-Hady
028 Shamsidah
030 Izani
032 Hairiz
036 Allan Zlan
055 Acap Aisheteru
057 Lan Syah TUC
061 Ting Tong
072 Suzani
073 Kiki
077 Kent
081 Arif
084 Helmi
086 Saifulnizam
090 Along
092 Sahidi
094 Anuar
098 Are-lan
101 Are-peace
102 Asymawi
105 Chenta
111 Idayu
113 Jep Pedrosa
114 Suhaila Saad
118 Alan Gunalan
128 Zam

event kali sebanyak 31 biji jentera yang diketuai oleh Khallid Villa dan dipantau oleh Alip Oren . 

konvoi diteruskan Putrajaya bagi sesi bergambar dan sesi mencuba kekuatan jentera masingmasing 

15.30 konvoi dari rumah pengantin ke Putrajaya
16.45 tiba di Putrajaya , sesi mencuba jentera masingmasing bermula . dan seterusnya sesi bergambar .
18.30 bergerak ke kedai minum berhampiran untuk menghilang dahaga masingmasing
19.05 bergerak pulang ke rumah masingmasing

konvoi ke putrajaya di ketuaioleh Lan Syah TUC dan dipantau oleh Khallid Villa .





KOLEKSI GAMBAR UNTUK EVENT KALI INI:-


Sebahagian dari pada"mereka" yg menyertai konvoi
untuk event kali ini

penuh pelamin kene serbu ngan crew


"Selamat pengantin baru"


menunggu kedatangan crew dari pelusuk zon jajahan BFLM


gambar pilihan editor blog :)



Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

P/S: Jangan lupa follow blog kami

Wednesday, 19 September 2012

Aktiviti hujung minggu bersama BFLMCrew


TARIKH : 17 September 2012 (ISNIN)
LOKASI SEBENAR :Taman Layang-Layang Metropolitan Kepong




Alhamdulillah majlis yang tidak yang dirancang ini telah berlangsung dengan jayanya.
Dengan maklumbalas yang memberangsangkan mungkin satu masa
kelak kita boleh merangcang majlis ini dengan lebih terperinci
kerana ianya mampu memberikan sedikit kelaian dan meningkatkan
kemesraan antara crew dalam menjayakan sesuatu majlis.
Majlis port luck sebegini harus senantiasa dijalankan kerana kebaikan yang
jelas terlihat di mata admin.Kepada yang menjayakannya sekalung tahniah untuk anda.
Semoga bersua kembali dengan lebih meriah dan mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada crew semua. 

Berikut adalah laporan sepanjang majlis berlangsung :-
15:30 - Semua crew mula bergerak menuju ke Parking Taman Layang-layang, Kepong.
16:30 - Semua crew selamat sampai ke destinasi.
- Mula mencari lokasi yang sesuai untuk berkelah.
- Gotong royong menyediakan makanan masing2 yang dibawa dari rumah dan beli :)
- Menjamu selera, berborak, berguling2 sambil bergambar dan sebagainya.
18:45 - Mula berkemas dan beredar.
19:00 - Konvoi ke Zone DPB Damansara Damai untuk melihat aksesori kereta.Memey murah dan
terbaek.
20:00 - Semua crew bersurai.

Kehadiran :

BFLM 02 FIEZ (APC) & NURUL
BFLM 11 AMIRUL (SGW) & CYERIN SERTA ANAK SI AQIL
BFLM 14 KHALLID VILLA (SBR)
BFLM 15 ASYRAF MADZLAN (APC)
BFLM 55 Love Aisheteru (PRK)
BFLM 57 LAN SYAH TUC (SBR) & MAI
BFLM 78 REEMY (JHR) & SITI KHADIJAH
BFLM 84 HELMI AMY (KSP)
BFLM 105 CHENTA (KSB)

KOLEKSI GAMBAR :

1 HAPPY FAMILY OF BFLM CREW :)

CREW YANG TERAWAL SAMPAI SEMPAT LAYAN AISKRIM LAGI :P

MENANTI CREW LAIN SAMPAI UNTUK MENJAMU SELERA BERSAMA.

BERPOSING SELEPAS KEKENYANGAN

MELAYAN KERENAH SI KECIL AQIL.

TERJAH ZONE DPB

Kerja Gila: Drift to Genting in Malaysian day

TARIKH : 15 & 16 September 2012 (SABTU/AHAD)
LOKASI SEBENAR : Petronas MRR2 & Arena Genting Highland


Salam satu Malaysia...
semperna cuti hari Malaysia baru ini BFLMCrew mengambil kesempatan 
utk menyambutnya bersama-sama crew kami.
Destinasi yang dipilih kali ini adalah Arena Genting Highland.
 Sebelum memulakan aktiviti untuk sambutan hari Malaysia.
 BFLMCRew ada event yg lebih penting iaitu penyerahan sticker ID number 
kepada ahli yang dah berdaftar dibawah naungan BFLMCrew. 
Selain sticker ID ada juga penampalan sticker official bg mereka yang baru menyertai kami..
 Terima Kasih kerana memberi kepercayaan pada kami serta memilih
 kami untuk menjadi sebahagian dari hidup anda.
 Selesai majlis penyerahan ID number dan acara tampal-menampal 
crew kami bersiap sedia menyiapkan jentera masing-masing
 untuk mendaki ke puncak tempat yang dituju.
Sebanyak18 buah kereta dapat dikumpulkan untuk aktiviti kali ini.

Aturcara:-
Tepet pelekat rasmi + nombor pengenalan BFLM CREW @ Petronas, MRR2 Gombak
22:10p.m - Crew menuju ke destinasi dengan bersepahnya :p
22:20p.m - Semua selamat sampai- Penyerahan ID dan pelekat rasmi.- Acara menampal dimulakan dengan riuh rendahnya, gembira n manyak syiok.
22:50p.m - Bersalam2an dan bersurai .Terjah Genting sempena HARI MALAYSIA..!!!
23:15p.m - Konvoi mula bergerak di iringi MARSHALL yang hebat
00:10a.m - Konvoi selamat sampai dan terkocoh2 nak cari tandas :p
00:20a.m - Parking di Paras 11. A4- Jenjalan amik angin, berangin segala bagai ada- Makan2 sejuk kelaparan
02:00a.m - Mula bergerak balik dengan keadaan berlumba-lumba semua nak test power.
03:15a.m - Semua crew selamat sampai di rumah masing2..
 
 Ketibaan ahli "kepala merah" masuk menghadap

 Menanti ahli-ahli crew yang ketinggalan akibat di tinggalkan
oleh kereta-kereta power

 Bersiap sedia untuk sampai ke puncak
Arena Genting Highland



Alhamdulillah aktiviti kali ini semua berjalan lancar dan selamat .Masing-masing puas hati sebab dapat test power kete sesama sendiri... tp ingat yer crew-crew sekalian walau sehebat mana kereta anda kita tetap sama,tetap setaraf dan berjiwa tegar dalam menghidupkan suasana harmoni antara satu sama lain.

Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

P/S: Jangan lupa follow blog kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...