Saturday 16 February 2013

Selamat Ulang Tahun yg Pertama

assalammualaikum dan selamat pagi wahai pembaca setia blog ini....
genap setahun sudah pertubuhan kelab BFLMCrew secara rasminya
sepanjang penglibatan editor bersama BFLMcrew banyak benda sudah editor dan ahli2 yg terdahulu bersama utk menempah nama di kalangan pengguna BLM Saga di Malaysia ini..
Banyak benda sudah editor tgk naik jatuh sebuah nama yang di gelar "BFLMCrew"
pelbagai rintangan halangan caci maki yg di berikan semasa BFLMCrew mula di perkenalkan yang pada ketika itu hanya mempunyai ahli seramai 30 orang sahaja pada waktu itu....
Dek kerana mempercayai akan kewibawaan ahli jawatan kuasa yg dilantik secara sukarela maka kami berpegang teguh untuk terus bersama untuk membawa nama kelab BFLMCrew.... Kami sedar akan kewujudan kelab BFLMCrew ini tidak akan semegah nama kelab-kelab saga yang sedia ada tapi kami yakin akan hala tuju yang bakal kami bawa dan sampaikan.... Memang para admin tidak pernah untuk target menambah bilangan ahli kelab di bawah naungan BFLMCrew kalau ada yang berminat alhamdulillah kalau xde pun xpe para admin tetap bersyukur dengan bilangan ahli kelab yang ada.
Banyak perubahan yang dapat dilihat dari hari ke hari , sangat membanggakan dengan pencapaian yg ada. Editor tersenyum dengan ape yang telah BFLMCrew capai dalam masa setahun berdiri di kaki sendiri untuk membina empayar sendiri kerna editor tahu pahit manis masa waktu jatuh bangun BFLMCrew. Hari ini BFLMCrew sudah mempunyai ahli kelab rasmi seramai 150 orang yg mempunyai ID No dan dalam lingkungan 200 orang yang sudah menjadi supporter BFLMcrew secara rasmi mahu pun tidak.... nampaknya nama "BFLMCrew" sudah tidak asing lagi menjadi buah mulut  di kalangan si pemakai blm, fl, flx saga......hampir di setiap Pelusuk negeri sudah mempunyai wakil kelab dan nampak gaya nya semakin membesar empayar BFLMCrew di Malaysia.... Insyaallah.... amin

Disini editor ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama untuk BFLMCrew ...semoga ahli - ahli kelab juga semakin matang sama mengikut peningkatan usia pertubuhan kelab. Terima kasih kerana memilih BFLMCrew , mempercayai BFLMCrew dan sentiasa memberi sokongan ke atas kelab BFLMCrew ini. Ingat tanpa anda semua tiadalah kewujudan kelab ini.

"Bukan kuantiti yang dicari, tapi kualiti yang di kejari"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...