Monday 20 May 2013

Sejarah terlakar untuk pertama kalinya sepanjang riwayat BFLM

Salam semua pembaca blog kami
baru-baru ini telah berjalan acara LLM (Lepak-lepak minum kopi secawan)
di 3 buah negeri yang berasingan (Utara - Ibukota - Selatan)
sepanjang pertubuhan kelab BFLM ini adalah yg pertama kalinya berlaku
LLM secara serentak di waktu yg sama cume berlainan tempat.

LLM yang pertama di aturkan di Penang adalah dari crew kami di bahagian Utara


LLM yang kedua diaturkan di Central 
perjumpaan bagi crew yang berada di central memenuhi aktiviti hujung minggu

Laporan dari crew central:-

LLM SBR di Faizul Maju , TSB , Sg Buloh.
Masa : 9 Mlm

crew yang terlibat :
Central
fiez

Zon SBR
khallid villa
lan syah tuc
shah ieynda dan rakan
sahidi dan isteri serta anak
syafiq dan cat

Zon APC
alip oren
burn dan fiqa
fiezan
hariz dan hana
saf jue ver
jimmy
acap

Zon PCS
Jep predosa

Zon DPB
adam
allan zlan
saiful dan tunang
ray jarb dan isteri
tingtong dan isteri

Zon KSP
own dan ieka
anje
kent

ZON KSB
kamarul

ZON SGW 
Eddy SA
Hady dan isteri
hairiz
suhaila
nurul ayed
amirul

aktiviti yang di jalankan
 lepak , makan , minum dan sembang, makan durian, pemasangan parking pole, repair LED , memasang manik di steering dan collect marshall light

LLM terakhir di adakan di Selatan tanah air ni negeri Johor
Crew JHR bersuai kenal antara 1 masa lain dan mengeratkan lagi hubungan silatulrahim


Laporan dari crew JHR :-

LLM DI STULANG LAUT,JOHOR
Tarikh: 15 Disember 2012 (Sabtu)
Lokasi : Stulang Laut & Danga Bay
Masa : 9.00 malam – 12.00 Tengah Malam


Bismillahhirohmanhirohim
Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi akhirnya apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya,LLM yang pertama kali nya dilakukan di Johor Bahru mendapat sambutan yang mengalakkan dari BFLM CREW ZON JOHOR.Rasa amat berbanga bukan sahaja BFLM CREW ZON JOHOR malah crew-crew dari kawasan lain juga ada menyertai LLM kami ini.Pada mulanya lokasi telah ditetap di Hutan Bandar,Johor,Setelah berbincang bersama crew atas faktor parking kami memutuskan untuk menukar program kami ke Stulang Laut,Tapi malangnya,Di Stulang Laut Juga Crew-crew kami sukar mendapatkan parking,Almaklum saja lah hari minggu begini,hampir 20minit juga kami mencari parking akhirnya dapat juga..Alhamdulilah Tuhan permudahkan program kami,sesi suai kenal berjalan dengan begitu baik sekali,beramah mesra bersama crew-crew,bertukar pendapat,bertukar cerita,bertanya khabar,Topik utama sudah tentu mengenai kereta crew masing-masing.Memandangkan waktu malam agak singkat,kami mengatur langkah menuju ke Danga Bay untuk sesi Bergambar dan menampal sticker salah seorang supporter BFLM CREW iaitu Nuratikah Bt Manaf.Masa mencemburui kami,Program berakhir pada pukul 12.00 tengahmalam.Semoga kita berjumpa lagi untuk program seterusnya

1 MALAYSIA 1 BFLM CREW 1 FAMILY
9.00 mlm : Berkumpul di Giant Tampoi
9.15 mlm : Bergerak ke Stulang Laut
9.30 mlm : Tiba Di Lokasi (Restoran Teraju)
9.45 mlm : Membuat Pesanan Makanan & menjamu durian
Crepe (Sponsor oleh Juliza Jum)
10.00 mlm: Sesi suai kenal antara satu sama lain,bertukar
pendapat,bertukar nombor telefon & perbincangan
ke Penang.
11.00mlm : Bergerak ke Dangan Bay untuk Sesi bergambar dan
Menampal Sticker
12.00mlm : Bersurai
Bflm Crew Yang Hadir
Wanie Laila & Pasangan ( BFLM CREW JHR 124)
Juliza Jum & Pasangan (BFLM CREW JHR 134)
Norfadzliza & Adik (BFLM CREW JHR 138)
Mis Zura (BFLM CREW DPB 12)
Rosnadia (BFLM CREW APC 29)
Epui Kechik (BFLM CREW JHR 75)
Remmy Zainal & kawan-kawan (BFLM CREW JHR 78)
Kurosaki Muz & kawan-kawan (BFLM CREW JHR 125)
Nuratikah Manaf
Afham P Afham & Pasangan
 Crew kami di Selatan tanah air "zon JHR"

Aktiviti Hujung Minggu bersama Zon APC

TARIKH : 3 Feb 2013 (AHAD)

MASA : 8 pagi -6 ptg

TEMPAT AKTIVITI : Sungai Sendat , Ulu Yam

ANJURAN : ZON APC (BFLM CREW)

Pada 03/02/2013 satu program mandi manda telah diadakan di Sungai Sendat, Ulu Yam. Program ini dianjurkan oleh CREW APC untuk merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Seramai 40 orang ahli dan 20biji jentera BFLM CREW yang memenuhi kawasan sungai sendat pada hari tersebut. Tidak lupa juga pada JEP & PASANGANNYA yang sanggup bersama-sama menjayakan program ini walaupun kehadirannya lewat dari masa yang dirancangkan.

MEETPOINT PERTAMA :-
8.00 AM – 8.30 AM : MENUNGGU KEHADIRAN CREW (DI PETRONAS AMPANG)
MEETPOINT KEDUA :-
10.00 AM : TIBA DI MEETPOINT KEDUA (PETRONAS SEBELUM NAIK ULU YAM)

10.30 AM : TIBA DI TEMPAT YANG DITUJU (SUNGAI SENDAT)
Antara aktiviti yang dilakukan semasa program ini dijalankan ialah aktiviti beramah mesra bersama-sama sambil bergurau senda, sakat menyakat dan bermacam-macam lagi. Selain daripada itu aktiviti mandi manda aktiviti utama program ini diadakan. Tidak lupa juga pada ulangtahun kelahiran crew yang bernama Kiki juga turut diraikan bersama-sama dengan acara menabur tepung tawar, sos, air gas dan macam-macam lagi lah yang dikenakan pada kiki. Aktiviti ini dilakukan secara spontan dan sekadar menyeronokkan lagi program ini. Pada Kiki jangan marah ye…hahahahaahahha….
Dalam berseronok bermain air, pelbagai hidangan yang enak-enak belaka dihidangkan. Apa yang lebih menarik lagi kesemua hidangan yang ada dibawa oleh crew sendiri. Masa inilah kita dapat merasa kesedapan masakan masing-masing. Antara hidangan tersedia ialah spaghetti, nasi lemak, maggie goreng, kek batik, kek red velvet, dadih, nugget, keropok, karipap sardin dan air mineral, air kotak dan air gas. Tidak dilupakan aktiviti terbaek iaitu memanggang ayam, sotong, fish ball dan hotdog. Keseronokkan terasa apabila aktiviti bermandi manda dilengkapi dengan memanggang (bbq) dengan kerjasama crew-crew BFLM sendiri.

Kami crew APC's mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua crew yang hadir bagi menjayakan program mandi manda yang dianjurkan oleh crew APC “IS BARANG BAIK”. Mohon maaf andai ada kekurangan yang berlaku semasa program berlangsung.
Kalau ada seumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bersama-sama lagi.
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh adakan program yang terbaekk lagi.

 KOLEKSI GAMBAR KENANGAN:






 laporan dari : Qina 045(APC)

Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...