Monday, 20 May 2013

Aktiviti Hujung Minggu bersama Zon APC

TARIKH : 3 Feb 2013 (AHAD)

MASA : 8 pagi -6 ptg

TEMPAT AKTIVITI : Sungai Sendat , Ulu Yam

ANJURAN : ZON APC (BFLM CREW)

Pada 03/02/2013 satu program mandi manda telah diadakan di Sungai Sendat, Ulu Yam. Program ini dianjurkan oleh CREW APC untuk merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Seramai 40 orang ahli dan 20biji jentera BFLM CREW yang memenuhi kawasan sungai sendat pada hari tersebut. Tidak lupa juga pada JEP & PASANGANNYA yang sanggup bersama-sama menjayakan program ini walaupun kehadirannya lewat dari masa yang dirancangkan.

MEETPOINT PERTAMA :-
8.00 AM – 8.30 AM : MENUNGGU KEHADIRAN CREW (DI PETRONAS AMPANG)
MEETPOINT KEDUA :-
10.00 AM : TIBA DI MEETPOINT KEDUA (PETRONAS SEBELUM NAIK ULU YAM)

10.30 AM : TIBA DI TEMPAT YANG DITUJU (SUNGAI SENDAT)
Antara aktiviti yang dilakukan semasa program ini dijalankan ialah aktiviti beramah mesra bersama-sama sambil bergurau senda, sakat menyakat dan bermacam-macam lagi. Selain daripada itu aktiviti mandi manda aktiviti utama program ini diadakan. Tidak lupa juga pada ulangtahun kelahiran crew yang bernama Kiki juga turut diraikan bersama-sama dengan acara menabur tepung tawar, sos, air gas dan macam-macam lagi lah yang dikenakan pada kiki. Aktiviti ini dilakukan secara spontan dan sekadar menyeronokkan lagi program ini. Pada Kiki jangan marah ye…hahahahaahahha….
Dalam berseronok bermain air, pelbagai hidangan yang enak-enak belaka dihidangkan. Apa yang lebih menarik lagi kesemua hidangan yang ada dibawa oleh crew sendiri. Masa inilah kita dapat merasa kesedapan masakan masing-masing. Antara hidangan tersedia ialah spaghetti, nasi lemak, maggie goreng, kek batik, kek red velvet, dadih, nugget, keropok, karipap sardin dan air mineral, air kotak dan air gas. Tidak dilupakan aktiviti terbaek iaitu memanggang ayam, sotong, fish ball dan hotdog. Keseronokkan terasa apabila aktiviti bermandi manda dilengkapi dengan memanggang (bbq) dengan kerjasama crew-crew BFLM sendiri.

Kami crew APC's mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua crew yang hadir bagi menjayakan program mandi manda yang dianjurkan oleh crew APC “IS BARANG BAIK”. Mohon maaf andai ada kekurangan yang berlaku semasa program berlangsung.
Kalau ada seumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bersama-sama lagi.
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh adakan program yang terbaekk lagi.

 KOLEKSI GAMBAR KENANGAN:






 laporan dari : Qina 045(APC)

Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...