Friday, 29 June 2012

Drift Bersama Crew utk Kerja Amal

TARIKH : 24 JUN 2012 (AHAD)
LOKASI SEBENAR :PUSAT JAGAAN NUR HASANAH, BERANANG, SELANGOR
ANJURAN : KELAB PERMOTORAN MYVI-VIVA STREET CLUB MALAYSIA (MVSC)
KERJASAMA : KELAB PROTON SAGA BLM-FL CREW MALAYSIA (BFLM CREW)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Up date baru tentang aktiviti dari kami lagi...hihihihi
Ok baru-baru ni BFLM Crew di jmput khas untuk sama-sama menjayakan satu program amal anjuran Myvi Viva Street Club Malaysia(MVSC)


Sekalung tahniah dan ucapan ringkas dari admin:
ALHAMDULILLAH DENGAN LIMPAH KURNIANYA MAJLIS INI TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA. DI ATAS KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN CREW2 SEPERJUANGAN TIADA APA YANG KAMI DAPAT UNGKAPKAN MELAINKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA CREW SEMUA.TANPA ANDA SIAPALAH KAMI, TANPA ANDA PROGRAM INI TIDAK AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN SEMPURNA.UNTUK PENGETAHUAN SEMUA JUMLAH KESELURUHAN KUTIPAN SUMBANGAN KITA DALAM BENTUK TUNAI IALAH RM 1,460.00 DAN SUMBANGAN DALAM BENTUK BARANGAN LEBIH KURANG RM 600.00.JADI  UNTUK JUMLAH KESELURUHAN SUMBANGAN TERKUMPUL DARIPADA BFLM CREW (MALAYSIA) UNTUK DISALURKAN KE RUMAH ORANG2 TUA KALI INI MELALUI RAKAN KELAB KITA MVSC IALAH BERJUMLAH RM 2,060.00. JUMLAH INI SANGAT BESAR BAGI KAMI DIDALAM SEBUAH KELAB YANG BARU DITUBUHKAN 4 BULAN YANG LALU.KOMITMEN YANG TINGGI SEBEGINI HARUS DIKEKALKAN APABILA TENAGA DAN SUMBANGAN KITA SEMUA DIPERLUKAN.JUTAAN KHAS TERIMA KASIH KEPADA DUA PENYUMBANG TERBESAR KITA IAITU KELUARGA BESAR ROSNADIA DAN WAKIL DARIPADA BRIGHT NETWORKS IAITU NURUL IZWANA TIDAK LUPA JUGA KEPADA KAWAN-KAWAN LUAR YANG TURUT SAMA MENYUMBANGKAN SESUATU WALAUPUN BUKAN ATAS NAMA BFLM CREW.MOGA JALINAN MESRA ANTARA KITA BERKEKALAN BERPANJANGAN. TIDAK LUPA JUGA KEPADA KETUA MARSHALL NORFAZLI DAN CREW2 TERLIBAT YANG TURUT SAMA MELANCARKAN PERJALANAN KE LOKASI.TANPA MEREKA MUNGKIN KESELAMATAN KAMI TIDAK TERJAMIN.BERIKUT ADALAH LAPORAN PENUH BAGI 


sebelum memulakan aktiviti jom bergambar dulu..:)
BFLM Crew pantang jumpa kamera

Kenangan kami bersama penghuni "Rumah Kebajikan Orang Tua Nur Hasanah"

Bergambar bersama ahli "MVSC"

Disebalik senyuman ada kesedihan menyelubungi 


ACARA TERSEBUT :-

8:00 PAGI : BERKUMPUL & BERSARAPAN DI ESSO MRR2, PANDAN PERDANA 
8:30 PAGI : MULA BERGERAK KE MEET POINT PERTAMA
8:45 PAGI : SEBANYAK 33 JENTERA JENIS PROTON SAGA BLM-FL DAN SERAMAI  50 CREW MULA BERGERAK KE MEET POINT KEDUA (UTAMA) UNTUK BERKUMPUL BERSAMA2 MVSC.
9:10 PAGI : SELAMAT SAMPAI KE MEET POINT KEDUA
                  : SESSI SUAI KENAL DI ANTARA BFLM CREW & MVSC
                  : PERBINCANGAN BERKAITAN KONVOI DAN ASPEK2 K ESELAMATAN AHLI DALAM KONVOI
10:00 PAGI : KONVOI BESAR (BFLM CREW-33 JENTERA + MVSC-15++) MULA BERGERAK KE DESTINASI
11:00 PAGI : KONVOI SELAMAT SAMPAI KE LOKASI SEBENAR
11:15 PAGI : MC MEMULAKAN MAJLIS
                   : UCAPAN SELAMAT DATANG OLEH WAKIL PUSAT JAGAAN NUR HASANAH, BERANANG
                   : UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA ENCIK RYHAN (PRESIDEN MVSC)
                   : UCAPAN ALU-ALUAN DARIPDA ENCIK FARID (PRESIDEN BFLM CREW)
                   : PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAHATI SERTA SUMBANGAN TERKUMPUL
                   : MAKAN TENGAH HARI / SOLAT BERJEMAAH / BEREHAT / BERAMAH MESRA BERSAMA ORANG2 TUA
14:00 PTG : SESSI BERGAMBAR
15:00 PTG : BERSURAI



Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

P/S: Jangan lupa follow blog kami

2 comments:

  1. Memamg terbaekkk....dan kepada smua rakan2 hargailah org tua kita tanpa mereka...kita tiada di dunia ini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...