Thursday, 31 January 2013

LAPORAN JEMPUTAN PROGRAM KEBAJIKAN SEMPENA MULIDUR RASUL


TARIKH : 24.01.2013 KHAMIS

MASA : 19.40 - 00.30

TEMPAT BERKUMPUL : PETRONAS TESCO AMPANG MRR2


Kelab kami telah dijemput oleh Penganjur FB-ShaSha Allysha Riana Full (Piah) bagi membantu beliau mengedarkan makanan kepada saudara jalanan kta yang kurang berkemampuan di sepanjang jalan CHOW KIT,PUDU & PASAR SENI.Bagi sesiapa yang berminat dan mampu meluangkan masa sila hadirkan diri tepat pada masanya kerana kita ikut masa penganjur bukan diri sendiri.Kami merayu kepada anda untuk sama2 berbakti kepada masyarakat kerana itu adalah salah satu Objektif kelab ini ditubuhkan.

TERIMA KASIH KEPADA WAKIL2 DARI :

ZON CENTRAL
ZON APC
ZON SGW
ZON SBR
ZON KSP
ZON DPB
ZON PCS
ZON KBS

KAMI SAYANG ANDA SEMUA..!!!!

19:40 - Mula berkumpul di Petronas, Tesco Ampang
20:15 - Konvoi mula bergerak ke lokasi yang dituju
21:00 - Pengagihan makanan mula di edarkan dari setiap sudut dan lorong supaya objektif
             tercapai dan niat penganjur tertunai.
23:00 - Makanan selesai diedarkan
23:30 - Menuju ke Sani Char Kuew Tiauw untuk menjamu selera
00:30 - Majlis bersurai dan sessi bersalaman.

KOLEKSI GAMBAR :





 EDITOR : FIEZ CREW 002



Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW



LLM : Crew Utara

Lepak Lepak makan(LLM) Bersama Crew2 dari utara..

Lokasi : RNR bagan Ajam

masa : 8.30pm - sampai lebam

Tentatif program
-7.30pm : menuggu kehadiran angah mengambil sate(100cucuk), gerak ke
                lokasi RnR Bagam ajam singgah sebentar dekat tol inderawasih(rm1.20)..
                Menuggu kehadiran crew Suppoter su( Siti Suraya ) ..
                Dn ggerak trus ke lokasi.. Dn menunggu kehadiran crew yg lain...
                @abu hanifah dh smp lebih awal.
9.00pm : new member ( En Rudy ) datang bersama kawan... Sesi suai kenai.
9.30pm : kehadiran leader KSP ( Hasrieka Izz ) datang bersama Lukhman Hakim &
               Apai Rivera sesi suai kenai dgn semua crew...
10.00pm : bermulala sesi bakar membakar (BBQ) ....
11.00pm : tuan adam( xpasti Fb ape) datang bersama kawan..
                 tapi terpaksa balik awal kerana ada masalah yg xdapat delakkn..
12.00pm : habis BBQ, lepak sambil sembang2 ngan crew baru sambil
                 menyaksikn mat rempit berluma... hehehe...
1.00am : semua crew bergerak pulang kerumah masing2..
1.30am : Angah Besout Nie Ajit Abu Hanifah with cim bergerak ke
               penang tuk smbng lepak kat Queenbay mall...
2.30am : balik tido semua.....

(Sebanyak 7biji jentera dan seramai 15org kesemuanye yg hadir...) saya wakil dr crew utara ingin memohon maaf kepada crew2 yg hadir pada aktiviti semalam, jikalau ada trsilap dan terkasar bahasa.. dharap semua2nye happy selalu...

YG mengikut perintah : ajit CREW 134 PNG. — with Chong Wawa and 9 others at Rnr Bagan Ajam.








 

Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW


BFLM Road Tour : Jelajah Utara

TARIKH : 29,30,31 DISEMBER 2012 & 1 JANUARI 2013

MASA : 3H 2MLM

LOKASI : KEDAH DARUL AMAN & PULAU PINANG.


Alhamdulillah baru-baru ini BFLM Crew telah menyempurnakan event konvoi rasmi yang pertama untuk berkunjung ke utara tanah air (Kedah dan Penang). Syukur ke hadrat Ilahi sebanyak 33 buah jentera BFLM Crew yang menyertai konvoi tersebut dan smuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang menyertainya.Selain itu, dengan adanya event konvoi ini hubungan antara ahli kelab terjalin mesra bagaikan saudara walaupun ada yang diantara mereka baru pertama kali bersua muka tetapi tiada jurang yang dapat memisahkan tali persaudaraan yang di bina. Pelbagai dugaan dan cabaran di tempuhi bersama... segala gelak tawa menjadi penghibur hati lara... segala kemesraan menghilangkan seribu tekanan yang melanda... 

Pihak pengurusan event kali ini tidak menyangka akan penglibatan ahli kelab seramai 65 orang yang menyertai Road Tour ke Utara, satu pencapaian yang baik untuk kelab yang baru setahun jagung umurnya. 

Tentatif Road Tour : Jelajah ke Utara :-
 29 Disember 2012
11.00 pagi          -berkumpul di Tol Jln.Duta

30 Disember 2012
12.00 pagi         -bacaan doa  untuk menyempurnakan perjalanan ahli konvoi
                         -Jentera ahli konvoi mula dilepaskan oleh tuan presiden kelab (En.Farid)
                          dan ahli crew
                          lain yang datang untuk memberikan sokongan
3.00 pagi           -berhenti rehat di perhentian sebelah tapah
5.00 pagi           -tiba di tol Juru
5.30 pagi            -tiba di Sg,Petani
7.00 pagi            -check in homestay
                          -sarapan pagi
                          -bersihkan diri dan ahli crew merehatkan diri buat seketika
                          -ahli crew lelaki memulakan aktiviti gotong royong surau tmn
                            perumahan di area Sg.Petani
12.00 tghari       -makan tengahari di rumah leader marshall
2.00 ptg             -aktiviti berkelah mandi-manda,bergerak ke tempat reakreasi air terjun Sg.Sedim
4.30 ptg             -tiba di kawasan perkelahan, ahli crew siap sedia untuk
                           merendamkan diri buat seketika
6.00 ptg             -bersihkan diri,bersiap-siap untuk bergerak pulang ke Sg.Petani
8.00 mlm           -singgah menjamu selera di medan char kuey tiow Sg.dua,Kedah
9.00 mlm           -bergerak pulang ke homestay,aktiviti ber-bbq

31 Disember 2012
6.00pagi            -ahli crew mula bangun ambil giliran untuk bersihkan diri,
                          mula menyiapkan diri untuk
                          konvoi ke Penang
8.00 pagi          -sarapan pagi di rumah leader marshall
12.00 tghari      -mula bergerak ke tol Juru
3.00 ptg           -menuju ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Pinang(BFLM tawan feri)
4.00 ptg          -tiba di Penang
4.30 ptg          -bergerak ke Bt.Feringgi untuk aktiviti BBQ di tepi pandai sambil layan
                         mee udang di warung tepi pantai.
9.00 mlm         -mula beredar ke Queenbay  untuk menyambut Tahun Baru di sana
12.00 pagi        - Sambutan Tahun Baru bersama crew-crew BFLM di Queenbay sambil
                           di temani angin laut
                        - Overnight di tepi bantai bayan lepas

1 Januari 2013
7.00 pagi         -bangun dari tidur, beredar mencari tempat untuk bersihkan diri
                       -sarapan pagi
                       -sesi bergambar
10.00 pagi      -bergerak ke Komtar, shopping jeruk dan buah tangan untuk
                        di bawa pulang ke KL
12.00 tghari    -bergerak pulang ke KL
                      -berhenti rehat di perhentian sebelah Tapah
6.30 ptg         -tiba dengan selamat di KL

Kenangan paling terindah tercipta pada tahun 2012 bersama crew-crew.Aktiviti konvoi kali ini mengeratkan lagi tali persahabatan antara ahli, teman rapat sesama sendiri. Sikap malu yang selama ini menyelubungi diri dapat di bendung sudah selama 3 hari crew-crew BFLM bersama. Sikap tolong menolong,bantu membantu, ingat mengingati antara satu sama lain jelas diperlihatkan bahawa nya matlamat utama BFLMCrew iaitu "BUKAN KUANTITI YANG DICARI TAPI KUALITI YANG DI KEJARI" sudah pun tercapai.

Pihak admin serta ahli jawatan teratas ingin memohon ampun jika ada terkurang terlebih semasa aktiviti konvoi berlangsung. Anggap lah segala kelemahan yang tertonjol adalah kelebihan yang dapat di manfaatkan pada masa akan datang kerana ini adalah aktiviti konvoi terbesar yang pertama yang pernah di adakan sepanjang riwayat BFLMCrew.

Koleksi Gambar:

Crew yang menyertai konvoi "Road Tour Penang" mula berkumpul
di Tol Jln Duta

Bacaan doa oleh Tuan Presiden utk keselamatan dan perjalanan 
yang lancar ketika konvoi berlangsung.
Meski pun BFLMCrew ini telah mula menempah nama 
di kalangan pemilik kereta Saga/BLM/FL/FLX 
di seluruh Malaysia dan berbilang kaum ahlinya tetapi kami tetap menghormati antara satu sama lain

 Gambar kenangan crew di atas Feri ke Penang

 menunggu crew yang masih belum sampai di Tol Juru

 Gambar kenangan sebelum pulang ke KL

 Gambar kenangan di Pantai Bt. Feringgi

ni lah dia Leader Marshall(blazer PDRM) yang memikul tanggungjawab membawa crew 
sampai ke utara

 Gambar kenangan di majlis gotong royong surau


Jentera BFLMCrew tawan feri Penang oooo

Koleksi Gambar yang lain:
(sila klik di tulisan album)




Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW


Monday, 14 January 2013

EVENT DI BATU PAHAT


TARIKH : 25 DISEMBER 2012

MASA : 10.30 PAGI - 6.45 PETANG

LOKASI : PURA KENCHANA, MINYAK BEKU, HUTAN LIPUR TAMAN SOGA, BATU PAHAT 



Alhamdulillah event di Batu Pahat berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun hanya 6 jentera yang dapat menghadirkan diri tetapi nama BFLM semakin dikenali di serata tempat dan mula dikenali di johor dengan menyertai event yang diadakan oleh JMCC (Johor Motorsport Club Community) iaitu gabungan kelab-kelab kereta di dalam negeri johor. Crew-crew Zon JHR amat berterima kasih kepada crew-crew yg sanggup hadir dari luar negeri johor terutama dari Central untuk sama-sama menjayakan event di Batu Pahat, Johor manakala kepada crew-crew yg tidak dapat hadirkan diri kami faham dan InsyaAllah kita akan bersama lagi di lain program.


AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERLANSUNG SEPANJANG HARI ::
10.30 : Crew-crew berkumpul di SHELL Batu Pahat Mall
11.10 : Bertolak menuju ke Pura Kenchana, Sri Gading
11.30 : Tiba di destinasi yang dituju (Pura Kenchana, Sri Gading)
- Crew- crew jentera BFLM parking dengan kemas, tertib dan teratur serta memasang banner dan bunting bagi memperkenalkan kelab BFLM crew kepada warga johor disamping mengedarkan flyers kepada yang berminat.
- Menanti konvoi ahli-ahli JMCC dari Johor Bahru
- Sementara menanti konvoi ahli-ahli JMCC, crew-crew lepak makan dan minum
12.30 : Konvoi JMCC dari Johor Bahru tiba
- Hampir ratusan biji kereta memenuhi ruangan parking depan, belakang, kiri dan kanan pura kenchana di bahagian depan kedai Fantasia. Gathering JMCC ini diadakan sempena pembukaan kedai Fantasia di pura kenchana dan pengumpulan kesemua kelab-kelab kereta di johor.
1.30 : Crew-crew berpeluang untuk melihat autoshow dan audioshow yang dipertandingkan disamping pertandingan menyanyi serta pelbagai lagi aktiviti yang diadakan serta program Gaza.
2.00 : Crew-crew meronda di kawasan Pura Kenchana disamping melihat kelab-kelab kereta yang lain dengan membawa nama baik BFLM CREW sambil mengedarkan flyers BFLM Crew.
2.30 : Mendaftarkan kelab BFLM crew di dalam JMCC sambil menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
3.00 : Setelah mendaftar dan mendapatkan nombor pendaftaran beserta sticker JMCC, crew-crew bergerak ke Hutan Lipur Taman Soga.
3.30 : Tiba di Hutan Lipur Taman Soga
- Sesi bergambar
- Berehat & bersembang santai bersama En. Dollah (Renjar Perhutanan Negeri Johor) sementara tumpang berteduh kerana hujan lebat.
4.45 : Crew-crew menuju ke Minyak Beku.
5.00 : Crew-crew tiba di Rumah Api Segenting, Minyak Beku bergambar serta menikmati permandangan Batu Pahat.
5.30 : Tiba di Pantai Minyak Beku dan sesi Lepaking bersama crew-crew.
06.45 : Bersurai

CREW-CREW YANG HADIR :

BFLM (DPB012)- MISS ZURA-

BFLM (DPB027) - MAL JOEY-

BFLM (JHR078)- REEMY-

BFLM (JHR117)- ABDUL MUTALIB-

BFLM (JHR124)- WANIE LAILA-

BFLM (JHR125)- KUROSAKI MUZ-


Semoga kite berjumpa lagi di program johor yang lain dan memohon maaf jika mana yang kami dari zon JHR tidak dapat penuhi citarasa crew-crew yang dari luar Johor sepuluh jari kami hulurkan kemaafan.

Koleksi gambar sepanjang event:


6 JENTERA BFLM SAMPAI AWAL DI EVENT PURA KENCHANA, SRI GADING DAN MUDAH MENDAPATKAN PARKING 



SESI BERGAMBAR KENANG-KENANGAN DI HUTAN LIPUR TAMAN SOGA 


CREW-CREW BERADA DI RUMAH API BUKIT SEGENTING,MINYAK BEKU 


LEPAKING MAKAN PISANG GORENG 


BERSEMBANG SANTAI BERSAMA EN.DOLLAH RENJER PERHUTANAN JOHOR 

CREW-CREW DI PUNCAK BUKIT SEGENTING 



Please visit our sosial networking : 
FACEBOOK :BFLM CREW
FACEBOOK PAGE : BFLM CREW
UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI CREW: BFLM CREW

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...